PN letak 9 calon di Sabah?

0
265

PERIKATAN Nasional (PN) bakal meletakkan calon di sembilan kerusi Parlimen di Sabah untuk bertanding bawah gabungan itu.

Sumber dalaman PN berkata, antara kerusi itu adalah Beluran dengan Ronald Kiandee yang menyandangnya selama lima penggal dijangka diumumkan sebagai calon.

Terdahulu, Barisan Nasional Sabah mengumumkan bekas presiden majlis perbandaran Sandakan, Benedict Asmat sebagai calon di Beluran.

“Bagaimanapun, rundingan masih berjalan. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bekerja keras untuk memastikan tiada pertembungan antara GRS, BN Sabah dan kini PN,” kata sumber, menurut FMT.

Bersatu yang juga sebahagian daripada PN, turut menganggotai GRS, parti pemerintah di Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here