PKR namakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai calon MB Perak

0
330

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) mempertaruhkan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Difahamkan sekiranya calon berkenaan, Zainal Azman Abu Seman menang di DUN tersebut, beliau akan menjadi calon Menteri Besar Pakatan Harapan (PH) di Perak.

Kawasan luar bandar majoriti Melayu itu dimenangi PKR pada PRU-14 tetapi kerusi itu dirampas semula oleh UMNO pada pilihan raya 2018, dengan hanya majoriti 329 undi.

Sumber daripada PKR mengesahkan Zainal akan menjadi calon MB PH jika gabungan itu memenangi perak pada PRU15 ini.

Zainal mempunyai sejarah perkhidmatan awam yang lama, termasuk pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semasa pentadbiran PH, yang menjadikannya ideal untuk jawatan itu.

Beliau adalah seorang daripada tujuh calon PRU-15 berprofil tinggi yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu.

PKR Perak dijangka mengumumkan senarai calonnya untuk kerusi DUN di Ipoh pada jam 5 petang ini.

Zainal telah mengakitifkan akaun media sosialnya beberapa hari lalu dan menyiarkan gambar-gambar aktiviti terbarunya di Perak Utara.

Dalam catatan di Facebook semalam, bekas penjawat awam itu menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak dengan menawarkan pengalaman yang dimilikinya dalam sektor awam.

“Marilah bersama-sama memberi sokongan dan undi kepada Harapan pada kali ini,” kata Zainal, memetik laporan Malaysiakini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here