Ikuti teladan Nabi Muhammad, satukan masyarakat, kukuhkan ummah – Idris Ahmad

0
206

PARTI-parti komponen di dalam Perikatan Nasional (PN) dinasihatkan supaya mengikut teladan Nabi Muhammad SAW yang menyatupadukan masyarakat demi pengukuhan ummah.

Timbalan Pengerusi PN, Senator Datuk Idris Ahmad berkata, Rasulullah SAW berjaya menyatukan masyarakat yang berpecah-belah sehingga mereka menjadi satu bangsa yang hebat, pada suatu ketika dahulu.

Katanya, di atas teladan itulah timbulnya hasrat untuk mengukuhkan PN dengan amalan kesatuan dan perpaduan antara parti komponen supaya kuasa pemerintahan tidak jatuh ke tangan pemerintah yang salah.

“Kita hendak PN kepada penyatuan, perpaduan, kita sedar jika kita berpecah, yang akan memerintah adalah Pakatan Harapan (PH). Adakah tuan-puan rela?

“Maka sebab itu, kita meletakkan asas supaya kita bergerak untuk memastikan kekuatan yang ada pada kita bagi menegakkan kebangkitan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran PN Perak, di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak, pada ahad.

Mengulas lanjut Naib Presiden PAS itu berkata, PN sebagai parti yang prihatin terhadap rakyat harus kedepan dan meletakkan matlamat utama demi menyelamatkan negara.

“Tidak ada jalan lagi kita mesti meletakkan asas kita, meletakkan matlamat kita untuk menyelamatkan negara. 

“Asas seperti inilah PAS bersama Bersatu dan Gerakan, perpaduan tidak lain tidak bukan untuk memastikan kerajasama memastikan PH tidak lagi berkuasa,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here