Mahu Rina letak jawatan, Hannah Yeoh terlalu beremosi – Mahathir Rais

0
605

TINDAKAN Ahli Parlimen Segambut mengeluarkan kenyataan meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun disifatkan sebagai kenyataan yang mengikut emosi.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Hj Mohd Rais mempersoalkan motif Hannah Yeoh menggesa Rina Harun meletakkan jawatan hanya kerana sebuah video yang mempromosikan program di bawah kementerian berkenaan.

Menurut beliau, Hannah Yeoh disifatkan cetek pemikiran apabila tidak menginterpretasikan video tersebut sebagai satu bentuk promosi daripada pihak kementerian, sebaliknya menyifatkan perkara berkenaan sebagai memperlekehkan wanita.

“Seorang manusia yang jelas akal fikirannya dapat menginterpretasikan video tersebut adalah bertujuan mempromosikan program dan bukan memperlekehkan wanita seperti yang dicanang Hannah Yeoh yang cetek pemikiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, KPWKM di bawah kepimpinan Rina Harun merupakan antara kementerian yang konsisten dalam memperjuangkan hak-hak wanita tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

“Diantara kejayaan yang sudah tentu meninggalkan kesan dihati rakyat adalah penganjuran program Wanita Bangkit anjuran KPWKM yang diformulakan untuk membantu ekonomi kaum wanita Malaysia pasca Covid-19, dimana ia telah memberi manfaat kepada hampir 55 ribu individu berkelayakan,” ujarnya lagi.

Namun begitu, Mahathir berkata hal ini tidak terjadi semasa kepimpinan Hannah Yeoh yang dikatakan sekadar menumpang populariti Datuk Wan Azizah yang menerajui KPWKM semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Hannah Yeoh mengatakan beliau sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar KPWKM seolah-olah dipergunakan. Tetapi kenapa tidak bersama-sama untuk membantu kementerian demi kepentingan rakyat.

“Hannah Yeoh harus sedar, apabila memegang jawatan (Timbalan Menteri) tersebut tidak ada sebarang kejayaan yang ada atau boleh dibanggakan dari dirinya ataupun Wan Azizah,” ulasnya.

Terdahulu, media melaporkan Hannah Yeoh menggesa Rina Harun untuk meletakkan jawatannya di KPWKM selepas klip video bersempena Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang bermula esok tular di media sosial.

Video berkenaan memaparkan pelakon dan usahawan dikatakan mempersendakan golongan wanita dengan menggunakan ayat kurang sopan seperti “wanita bangun lambat” dan “wanita semua lambat”.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here