1 lawan 1 tumpas BN: Gesaan rasional, pembangkang, PN perlu capai kerjasama

0
217

GESAAN supaya pembangkang membuka pintu rundingan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dianggap rasional jika mahu memastikan Barisan Nasional (BN) tidak lagi memerintah selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin.

Radzi berpandangan, parti memusuhi BN wajar mempertimbangkannya bagi merangka strategi khususnya memastikan satu lawan satu dalam meningkatkan peluang menang.

“Mesej (pengerusi PN) Muhyiddin Yassin semalam (Sabtu) jelas, bahawa politik ini dinamik dan apa juga boleh berlaku dalam politik.

“Dalam konteks ini, apa yang penting ialah untuk kita lihat, BN tidak kembali memerintah selepas PRU-15,” katanya lapor, Berita Bersatu.

Pada Konvensyen PN 2022 pada Sabtu, Muhyiddin menggesa semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa BN adalah musuh utama pada PRU-15.

Beliau menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.

Muhyiddin dilaporkan berkata, rundingan berkenaan pernah dijalankan sebelum ini khususnya selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor, namun tiada keputusan muktamad dibuat ketika itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here