Jurukimpal ditahan langgar kereta secara mengundur

0
213

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

POLIS menahan seorang jurukimpal yang bertindak memandu secara mengundur dan melanggar sebuah kereta di Taman Megah Ria, Masai, Johor Bahru, pada minggu lalu.

Suspek yagn berusia 53 tahun ditahan di kediamannya di Permas pada pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, punca kejadian berlaku disebabkan kenderaan Proton Wira milik suspek bergesel dengan pintu kereta sebuah lagi.

“Ssuspek kemudian meminta tuntutan ganti rugi kepada pemandu kenderaan terbabit, tetapi tidak dihiraukan.

“Akibat perselisihan faham itu, suspek bertindak melanggar kenderaan terbabit sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, suspek kemudian berjaya ditahan berdasarkan nombor pendaftaran kereta.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan orang awam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here