MPP PKR sesi 2018-2021 dibubar

0
234

SERAMAI 20 orang anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sesi 2018 – 2021 serta empat naib presidennya dibubarkan bagi memberi laluan pimpinan baharu 2022 – 2025.

Pembubaran itu diumumkan Pengerusi Tetap PKR, Datuk Ahmad Kassim selepas Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakhiri ucapan penggulungannya sebagai anggota MPP sesi 2018-2021.

Antara anggota dalam MPP sesi tersebut adalah Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Amirudin Shari, Dr. Zaliha Mustafa, Sivarasah Rasiah, Azmizam Zaman Huri, Hee Loy Sian dan Rodziah Ismail, lapor Utusan Malaysia.

Sebelum ini dianggarkan lebih 1,700 perwakilan daripada 2,665 atau 60 peratus turun mengundi bagi memilih 20 MPP bagi sesi 2022 – 2025 pada kongres yang berlangsung sejak Jumaat lalu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here