Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Darah nyamuk jadi petunjuk polis jejak perompak -

Darah nyamuk jadi petunjuk polis jejak perompak

DARAH seekor nyamuk  yang sudah mati terlekat di dinding sebuah apartmen di wilayah Fujian, China, menjadi petunjuk pasukan penyiasat memberkas seorang penjenayah misteri. 

Bunyinya kelihaan seperti plot episod Crime Scene Investigation (CSI), tetapi menurut sumber berita China, pihak berkuasa di Fuzhou berjaya menangkap pencuri selepas menganalisis kesan darah yang ditinggalkan di bahagian dinding oleh nyamuk tersebut. 

Pasukan penyiasat memutuskan untuk menjalankan ujian darah bagi mengenal pasti data asid deoksiribonukleik (DNA) tersebut selepas memeriksa pangsapuri yang dirompak di kawasan kediaman bertingkat. 

Polis menyedari perompak menceroboh kediaman itu selepas memanjat balkoni dan berkemungkinan suspek bermalam di situ. 

Menurut Global Times, penyiasat menemukan sisa mi dan telur masak di dapur, selimut dan bantal yang diambil daripada almari pakaian sebelum ditinggalkan di atas katil, serta batang kemenyan yang dibakar sekali gus memberikan petunjuk individu yang menceroboh rumah itu. 

“Apabila kami melihat seekor nyamuk mati dengan dua kesan darah pada dinding, kami putuskan darah ini perlu dianalisis,” kata penyiasat seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Hasil ujian DNA menunjukkan darah itu adalah milik seorang lelaki bernama Chai yang kebetulan mempunyai rekod jenayah lampau. 

Selepas 19 hari rompakan itu, Chai disoal siasat dan mengaku memecah masuk rumah tersebut serta tiga kes pecah rumah lain. 

Dia kini ditahan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah.