Warga emas didakwa bunuh abang, kakak ipar

0
349

SEORANG lelaki warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya, minggu lalu.

Tertuduh, Ng Chun Ming, 61 tahun, mengangguk faham apabila kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia melibatkan kes bunuh, lapor Astro AWANI.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki, Ng Chun Hon, 64 tahun.

Dia turut dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang wanita, Ooi Tin Lu, 59 tahun.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Bercham Aman, Ipoh antara jam 6.45 petang 6 Julai hingga 8.20 pagi, 7 Julai lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here