Disyaki hina penganut Hindu, Tok Mat akan dipanggil polis

0
355

POLIS akan memanggil Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang didakwa membuat kenyataan tidak sensitif terhadap penganut Hindu.

Ia susulan kenyataan Mohamad dalam wawancara dengan Asia Times baru-baru ini yang merujuk kavadi sebagai “beban” dalam menggambarkan kekalahan Umno pada pilihan raya umum ke-14.

Susulan itu, Sayap Bersekutu Bersatu membuat laporan terhadap Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat semalam, selepas ADUN Rantau itu gagal memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, selain Tok Mat, polis turut akan memanggil saksi lain untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu, lapor FMT.

Semalam, Sayap Bersekutu Bersatu membuat laporan polis terhadap ADUN Rantau itu kerana gagal memohon maaf kepada penganut Hindu dalam tempoh 24 jam.

Ketua Penerangannya, S Gobi Krishnan dilaporkan turut mengugut akan berarak ke pejabat Mohamad.

Gobi ketika dihubungi hari ini berkata, polis memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 akta Komunikasi dan Multimedia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here