Penyanyi rap, Altimet menang Ketua Cabang PKR Ampang, tewaskan Hans Isaac selepas kiraan semula

0
285

SELEPAS kiraan semula, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau lebih dikenali, Altimet, diumumkan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang, menewaskan pelakon serta penerbit, Hans Isaac, dengan kelebihan sembilan undi.

Paparan dalam laman web keputusan pemilihan PKR, mendapati Altimet mendapat 743 undi mengatasi Isaac, 734 undi.

Selain itu, jawatan itu turut ditandingi tujuh calon lain, lapor FMT.

Altimet berkata, objektif pertama sebagai ketua bahagian adalah memperkukuh hubungan antara ahli di bahagian berkenaan sebagai persediaan menuju pilihan raya umum.

“Ini merupakan tanggungjawab besar kepada sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi orang seperti saya seorang pendatang baharu dalam lapangan ini. Namun, saya tidak akan berseorangan menggalasnya kerana ia adalalah usaha bersama antara semua ahli parti lain,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, jawatan kepimpinan bahagian Ampang sudah diisi dengan individu berbakat dan bersemangat.

Isaac sebelum ini dinamakan sebagai pemenang bagi jawatan itu, pada 1 Jul. Beliau turut memuat naik gambar di media sosial, menunjukkan beliau menandatangani dokumen dengan kapsyen, “gembira mengumumkan secara rasminya ia menjadi rasmi”, disusuli tanda pagar “Ketua Cabang Ampang”.

Altimet sebelum itu hanya ditewaskan dengan dua undi. Beliau memohon kiraan semula dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here