Pembunuhan Shinzo Abe: Hari terakhir kempen pilihan raya diteruskan

0
239

KEMPEN pilihan raya di Jepun akan diteruskan pada Sabtu, hari terakhir sebelum pemilihan Dewan Negara dilakukan.

Rata-rata ahli politik berikrar akan meneruskan kempen walaupun negara itu sedang bersedih susulan pembunuhan bekas Perdana Menteri Shinzo Abe pada Jumaat.

Abe, 67, ditembak mati oleh seorang lelaki berusia 41 tahun dikenali sebagai Tetsuya Yamagami ketika beliau sedang memberi ucapan sempena kempen pilihan raya di bandar Nara, barat Jepun.

Ketika ini polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu, memetik laporan Astro Awani.

Abe merupakan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan, antara 2006 hingga 2007, dan 2012 hingga 2020.

Pembunuhan beliau mencetus persoalan tentang langkah keselamatan yang perlu diambil terhadap tokoh masyarakat di Jepun.

Ahli politik juga sering mendekati orang ramai di hadapan stesen kereta api dan pasar raya semasa musim berkempen.

Parti politik dijangka akan menghalang pemimpin tertinggi daripada membuat ucapan pada Sabtu.

Menurut laporan NHK, kempen perlu diteruskan sebagai tanda parti politik serta calon tidak akan tunduk pada keganasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here