Pekerja kilang maut digilis treler

0
269

SEORANG pekerja kilang maut digilis sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 26.5 Jalan Klang- Banting- Port Dickson di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu ketika mangsa berumur lingkungan 30-an itu menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Banting menghala ke Klang.

“Siasatan dijalankan mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan tayar kanan sebuah treler.

“Mangsa kemudiannya jatuh lalu termasuk ke bawah treler mengakibatkan mangsa digilis tayar bahagian belakang treler tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pemandu treler yang menyedari kejadian kemudian memberhentikan treler yang dipandunya di kiri jalan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di tempat kejadian.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan ini bolehlah menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman (Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat) di talian 017-3012621 atau 03-31872222.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here