Kapal LPG asing ditahan ceroboh perairan negara

0
236

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

TINDAKAN sebuah kapal tangki Liquefied Petroleum Gas (LPG) dari Monrovia, Liberia menceroboh dan bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor timur semalam, membawa padah apabila ditahan Agensi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, pihaknya mengesan kehadiran kapal LPG asing itu sebelum menahannya pada kedudukan 14.5 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Kota Tinggi.

Beliau memberitahu, kapal tangki LPG berkenaan ditahan pukul 3.15 petang oleh bot ronda maritim semasa melaksanakan operasi rutin.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan 16 kru lelaki termasuk nakhoda terdiri daripada lapan warga Korea Selatan dan

lapan warga Indonesia berumur antara 21 hingga 52 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan ke atas dokumen kapal mendapati nakhoda telah gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut

Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kapal itu seterusnya ditahan dan nakhoda beserta seorang kru dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan PerkapalanSaudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi

RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Maritim Johor katanya, menasihatkan kepada pemilik atau pengusaha perkapalan agar sentiasa memastikan kapal-kapal di bawah seliaan mereka

untuk mematuhi undang-undang dan peraturan di perairan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here