Peniaga dalam talian rugi RM400,000 disamun

0
460

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG peniaga dalam talian yang sedang menunggu pelanggan cedera dilibas parang selepas disamun empat lelaki di sebuah restoran di Mount Austin, JOhor Bahru, pukul 1.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 26 tahun terkejut apabila tiba-tiba didatangi empat lelaki memaksanya menyerahkan jam jenama mahal yang dijualnya.

“Semasa kejadian mangsa membuat janji temu bertemu pelanggannya di restoran mewah tersebut dan mahu melihat sendiri jam tangan jenis Rolex yang mahu dibelinya.

“Empat lelaki terbabit datang dan mengambil tiga jam tangan jenama Rolex dan sebentuk cincin emas sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan mangsa yang enggan menyerahkan jam dilibas dengan parang pada bahagian kanan tangannya.

Beliau memberitahu, mangsa mengalami luka dan kerugian dianggarkan RM400,000.

Susulan itu pihaknya sedang giat mengesan semua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 397/397 Kanun Keseksaan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here