‘Loyar buruk’ saja layan surat layang’ – Hadi Awang 

0
255

PAS tidak perlu melayan isu PasLeak yang disifatkan sebagai surat layang bertujuan memfitnah parti, kata presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang ini menegaskan, hanya golongan loyar buruk yang berminat untuk melayan surat layang berkenaan.

“Tiada keperluan Pas dan saya untuk membuat penafian selepas penjelasan sudah diberikan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kelmarin.

“Masalahnya siapa yang buat surat itu pun kita tak tahu, jadi tiada guna kita duk layan (melayan) surat layang ini, nanti kita sama-sama melayang,” katanya, memetik laporan BH, hari ini. 

Abdul Hadi berkata, hanya yang loyar buruk akan melayan surat layang, kerana daripada segi undang-undang pun tidak lekat untuk diambil tindakan.

Mengenai laporan polis dibuat oleh peguam Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Hadi berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berhak membuat laporan polis, tetapi Pas kekal dengan pendirian untuk tidak melayan isu itu.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keratan didakwa minit mesyuarat Pas yang merancang untuk menjatuhkan Umno dan BN, termasuk rancangan menyegerakan usaha untuk memasukkan Presiden Umno, Ahmad Zahid  ke penjara.

Beberapa nama pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dikaitkan dengan gerakan menjatuhkan UMNO, BN.

Bagaimanapun Menteri Besar Terengganu yang turut dikaitkan dengan perkara itu, kelmarin menyifatkannya sebagai ‘dokumen sampah’ dan tidak perlu dipercayai kerana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Antara semua nama yang disebut, setakat ini hanya Samsuri dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang menafikan kesahihan dokumen itu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here