Warga emas maut dalam kebakaran rumah flat

0
259

SEORANG warga emas maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di tingkat dua Flat Medan Warisan di Kuantan, Pahang pada pukul 3.20 petang ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Ramle Mohamad, 64, yang berasal dari Taman Tas di sini difahamkan menyewa di rumah itu seorang diri.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata kebakaran membabitkan sebuah bilik rumah yang musnah 80 peratus.- BERNAMA 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here