Saya tak menikah lagi lah! – Wany Hasrita

0
381

PENYANYI Wany Hasrita meluahkan rasa kesal apabila dia dikatakan sudah menikah sehari sebelum umat Islam Malaysia menyambut Ramadan pada 2 April yang lalu.

Tiba-tiba sahaja namanya panas apabila dituduh sudah mendirikan rumah tangga secara diam-diam dengan seorang lelaki.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, Wany menjelaskan yang dia terlibat mengacarakan sebuah program TV ketika tarikh berkenaan.

“Memang tidak berlaku perkara tersebut, mana dengar cerita ni? Betul saya tak kahwin lagi. Setiap orang mempunyai perancangan untuk kahwin, saya pun punya perancangan yang sama.

“Kalau nak kata terdekat dalam sebulan dua ni bukan. Tapi memang terkejut juga bila dengar cerita ni,” jelasnya.

Enggan mengambil pusing dengan kisah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu, dia bagaimanapun mahu bertenang sahaja menghadapi gosip berkenaan.

Jelasnya, dia sendiri sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini dan sudah menjalani kursus perkahwinan.

Bagaimanapun, penyanyi itu mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan identiti jejaka yang telah berjaya menambat hatinya.

“Insya-Allah kalau ada jodoh akan berlangsung pada tahun ini. Kalau dah betul-betul confirm, dah ada kad kahwin, tempat pun dah ada baru saya akan umumkan nanti.

“Impian perkahwinan saya tidaklah terlalu gah, untuk majlis pernikahan pun saya lebih selesa secara tertutup dengan kehadiran orang terdekat sahaja.

“Lagi satu keadaan yang belum pulih sepenuhnya meskipun dah fasa endemik, lebih baik buat secara ,” ujarnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here