Op Benteng: Enam PATI dicekup

0
510

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

ENAM pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia diberkas dalam satu serbuan di Kampung Punggai, Kota Tinggi, Johor, hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan media memaklumkan, kesemua PATI itu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 32 hingga 48 tahun.

“Pada pukul 7 pagi, Tim Peronda telah mengesan dan melihat pergerakan orang yang mencurigakan di kampung tersebut. Kemudian pada pukul 7.30 pagi, Tim Quick Reaction Force (QRF) ke lokasi kejadian dan berjaya menahan enam PATI.

“Kesemua enam PATI berkenaan telah dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk proses pemeriksaan dan dokumentasi,” katanya hari ini.

Semua PATI berkenaan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia di Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru pada pukul 1.30 petang.

Menurutnya, ujian Covid-19 dilakukan ke atas mereka di Klinik Kesihatan Sungai Rengit, Batu Pahat pada pukul 9.30 pagi dan hasil ujian saringan mendapati kesemua PATI berkenaan negatif.

Katanya, laporan kemudian dibuat di Balai Polis Bayu Damai, pada pukul 10.30 pagi.

Semua yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia di Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru pada pukul 1.30 petang.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2,044 melibatkan wang tunai RM235, matawang Rupiah Indonesia IDR 2,424,109 (RM789), enam buah telefon bimbit pelbagai jenama bernilai RM605, barang kemas bernilai RM400 dan barangan peribadi bernilai RM15.

“Pasukan meneruskan atur gerak pasukan QRF dan pasukan Dron ATM serta dibantu pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” ujarnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here