SPRM tahan pengurus syarikat beri rasuah dapatkan tender

0
360

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat, Johor menahan seorang pengurus syarikat bagi membantu siasatan berkaitan kes memberi rasuah.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang wanita berusia 44 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor pada pukul 6 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Difahamkan pada 2021, syarikat suspek yang memiliki lesen kelas G3 disyaki memberikan rasuah bagi mendapatkan kerja di bawah kelas G2.

Namun semakan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) mendapati lesen syarikat itu di bawah kelas G3.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) ASPRM 2009. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here