Mampukah Ismail Sabri bertahan?. Puad, usahlah angkuh sangat… 

0
273

TEBUAN Tanah (TT) berpendapat laungan bubar oleh segelintir penyokong Barisan Nasional (BN) ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasuki ruang bilik gerakan parti itu di Johor baru-baru ini adalah isyarat awal kepada Perdana Menteri bahawa banyak lagi tekanan yang beliau akan hadapi daripada parti sendiri untuk membubarkan Parlimen.

Mungkin agak keterlaluan tetapi TT dok fikir-fikir, Ismail Sabri tidak ada kemampuan untuk menahan gelombang itu jika beliau tidak tunjuk ketegasan untuk melawan arus tersebut.

TT percaya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bermula esok akan jadi gelanggang untuk kelompok tertentu beri tekanan kepada Perdana Menteri buat PRU-15 segera. Khabarnya, geng-geng dalam UMNO dah tak sabar nak buat PRU-15 selepas menang PRN di Melaka dan terbaru di Johor.

UMNO tahu kalau buat PRU-15 sekarang mereka ada kelebihan, peratusan undi mungkin rendah disebabkan rakyat semakin muak dengan politik. Bila perasaan itu wujud, mereka tak nak keluar mengundi, kalau itu berlaku BN akan menang mudah seperti mana di Melaka dan Johor.

TT nak tanya perlukah Ismail Sabri ikut rentak partinya? Ismail Sabri tu PM kepada seluruh rakyat Malaysia bukannya nak layan UMNO saja. Jadi Ismail Sabri tak boleh teragak-agak…beliau kena tunjuk ketegasan, kalau PRU-15 belum sesuai lagi, jangan buat.

Lagipun dah ada perjanjian kena berunding dengan parti-parti dalam kerajaan sebelum nak bubarkan Parlimen, tak boleh buat macam kat Johor, sekutu pun tak tahu DUN nak bubar.

TT percaya, kalau Ismail Sabri tak ikut apa yang UMNO putuskan khususnya melalui PAU…kedudukan beliau ‘dalam bahaya’. Kita akan tengok semula adegan ‘tarik sokongan’ oleh ahli Parlimen UMNO sepertimana dialami oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini…alasan mereka demi mewujudkan kerajaan stabil, mandat perlu diserahkan kembali kepada rakyat…paling klasik pemimpin UMNO akan kata ‘itu kehendak akar umbi’..

Sama ada, Ismail Sabri mampu bertahan atau tidak, pilihan di tangan beliau. Ismail Sabri kena atur strategi bagaimana mahu menangani desakan UMNO untuk bubar Parlimen jika tak mahu jadi PM paling singkat dalam sejarah!

Puad Zarkashi

Bila Puad mula ‘berkepak’…

TEBUAN Tanah (TT) dah agak Puad Zarkashi mesti ‘serang’ Muhyiddin Yassin dan Bersatu  bila BN menang di PRN Johor. Puad ‘makin berkepak’ bila beliau sendiri menang di DUN Rengit dengan majoriti 1,920 undi.

Pesaing beliau dari Bersatu adalah muka baru, Mohammad Huzair Lajis – tak pernah pun bertanding dalam pilihan raya, tak pernah pun jadi ketua bahagian, apatah lagi jadi Timbalan Menteri, tetapi beliau berjaya memperolehi 5,983 undi manakala Puad 7,902 undi. Calon PKR, Khairuddin A Rahim pula dapat 2,065 undi.

Di DUN Rengit, peratusan keluar mengundi 59.5 peratus. Jumlah undi keseluruhan 16,157 undi. Puad kuasai 48.91 peratus. Mohamad Huzair (37.03 peratus) dan Khairuddin A.Rahim (12.78 peratus).

Dari angka-angka ni, Puad tak payah ‘berkepak’ sangat’. Betul, kalau lebih satu undi pun Puad menang. Tetapi kalau tengok ‘kerajinan’ Puad yang sejak penubuhan Kerajaan PN kemudiannya sekarang UMNO jadi PM, dok ‘serang’ Muhyiddin habis-habisan, patutnya Puad dapat lebih banyak undi.

Masa PRU-14, Ayub Jamil -yang ramai kecewa bila beliau tak dipilih pertahan DUN Rengit – mendapat 9,642 undi daripada jumlah undi keseluruhan 17,157 undi dan menang dengan majoriti 4,172 undi. Kena ingat ketika itu, politik negara dilanda gelombang perubahan.

Tetapi disebabkan Ayup popular, beliau mampu bertahan walaupun undi majoriti kurang sikit berbanding 2013, namun tak ada la daripada sekitar 4,000 undi turun sampai 2,000…patutnya bila tak ada gelombang dan dengan jumlah keluar mengundi lebih kurang saja, Puad boleh dapat lebih daripada 1,920 undi.

Namun itu tak berlaku…kenapa ya? Jadi kalau Puad nak terus ‘berkepak’ sebab dah menang kat DUN Rengit, silakan. Cuma nak tanya Puad, semasa beliau kalah di kerusi Parlimen Batu Pahat dalam PRU-13 dan tak bertanding pada PRU-14 tapi gagal bantu UMNO rampas kembali kerusi itu, kenapa Puad tak letak jawatan sebagai Ketua Bahagian? Bermaruahkah Puad membiarkan kerusi Parlimen Batu Pahat terus dikuasai parti lain.

Satu kerusi Parlimen pun Puad tak boleh nak jaga, dok ‘berkepak’ nak cabar Muhyiddin dan menteri Kabinet Bersatu letak jawatan.

Patutnya Puad suruh pemimpin UMNO Johor yang kata ‘nak tanam’ Muhyiddin dan Bersatu dalam PRN Johor letak jawatan sebab mereka gagal capai misi itu. Walaupun menang tiga kerusi, Bersatu beri saingan segi kat 26 DUN lain. Kalau peratusan mengundi keluar lebih tinggi…mungkin keputusan berbeza.

Bagaimanapun Allah SWT tentukan segala-galanya dan sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya…jadi Puad jangan angkuh sangat…apatah lagi PRU adalah gelanggang berbeza… 


*Tebuan Tanah (TT) adalah penganalisis politik yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here