Tidak rasmi:BN menang PRN Johor

0
507

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

BARISAN Nasional (BN) secara tidak rasmi menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila mendominasi lebih 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya.

Keputusan tidak rasmi tersebut adalah berdasarkan kiraan undi melibatkan lebih 29 kerusi DUN berkenaan setakat pukul 9 malam ini.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri adalah menerusi 29 kerusi DUN.

Secara keseluruhan BN kini mendahului 37 kerusi daripada 56 yang dipertandingkan, meninggalkan gabungan politik atau parti lain.

Pakatan Harapan (PH) pula mendahului 13 kerusi DUN dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi DUN setakat ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here