Tidak rasmi: Maszlee gagal rampas kerusi Layang-Layang

0
402

DR Maszlee Malik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditewaskan Abd Mutalip Abd Rahim dari Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Johor.

Dengan kira-kira 90 peratus undi dikira, BN meraih 7,309 undi, manakala Maszlee di tempat kedua jauh dengan 4,613 undi diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Alagathiran Krishnan dengan 1,213 undi dan calon Pejuang, Ahmad Shafiq Othaman mendapat 168.

BN adalah penyandang kerusi ini, tetapi PKR telah meletakkan calon berprofil tinggi dalam usahanya untuk menawan DUN itu.

Maszlee ialah Ahli Parlimen Simpang Renggam. Layang-Layang merupakan DUN di bawah parlimen Simpang Renggam. Satu lagi kerusi DUN ialah Machap, yang turut dikekalkan oleh BN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here