[VIDEO] Kak Awi lebih sesuai jadi ADUN Endau, banyak pengalaman – Pengundi

0
404

PENGUNDI-pengundi di DUN Endau yang telah melihat gerak kerja calon Perikatan Nasional (PN) di DUN berkenaan, Alwiyah Talib ketika menjadi wakil rakyat selama dua tahun, menyifatkan beliau lebih sesuai untuk meneruskan kedudukan yang diterajuinya sebelum ini.

Salah seorang pengundi Cina, Alvin Kuek, 59 mengakui dirinya lebih cenderung untuk memilih PN setelah menilai kemampuan dan pengalaman Alwiyah yang banyak menabur bakti serta membawa suara rakyat Endau ketika berkhidmat sebagai ADUN di kawasan itu.

“Saya pilih Perikatan Nasional.  Muka Calon PN muka lama, memamg ada pengalaman. bukan muka baru,” katanya ketika ditemui SatuBerita di Medan Ikan Bakar Endau, pada Khamis.

Pendapat yang sama disuarakan oleh pemilik kedai perkakasan, Wan Sin Hiung, 56, yang turut menyatakan beliau yakin Alwiyah tidak akan berfikir panjang untuk memberikan perhatian sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah penduduk DUN itu sekiranya menjadi wakil rakyat sekali lagi.

“Kali ini, saya tengok Perikatan Nasional agak kuat. Kita harap (parti) Abah ini dapat pegang Johor. Dia boleh buat lebih baik dalam pertadbiran. 

“Kalau Alwiyah boleh menang, dia mesti boleh tolong penduduk DUN ini. Walaupun hanya baru dua tahun jadi wakil rakyat tetapi dia  sudah boleh faham apa yang diperlukan dan masalah oleh penduduk di DUN ini,” ujarnya.

Bagi Chow Tee Kuan, 59 pula, dengan pimpinan pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dirinya percaya bahawa seluruh negeri Johor mampu untuk bangkit dan diberikan nafas baharu sekiranya parti itu mendapat peluang mentadbir negeri berkenaan.

“Kalau kita pilih PN, dalam jangka masa panjang, saya yakin PN akan dapat naikkan kembali Johor. Muhyiddin mempunyai pengalaman mentadbir negeri ini, dan semasa beliau di menjadi Menteri Besar Johor,  ekonomi di Johor sudah dimajukan dengan pesat,” katanya.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here