[VIDEO] Puad Zarkashi? Tak kenal pun, kata pengundi Rengit

0
740

PENGUNDI muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit rata-ratanya berkata tidak begitu kenal dengan nama Datuk Dr. Puad Zarkashi walaupun beliau merupakan seorang ahli politik veteran yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat pada penggal 2008 – 2014.

Menurut mereka, calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Barisan Nasional (BN) itu kerana beliau amat jarang sekali menghadirkan diri ke kawasan yang sebelum ini diwakili oleh Ayub Jamil yang juga daripada BN sejak lima penggal lalu.

Anak jati Rengit, Tan Ye Kiong, 56, Ayub lebih dikenali dan disukai warga Rengit berbanding Dr. Puad Zarkashi kerana bekas Ahli DUN kawasan itu amat rapat dengan warga kawasan itu.

“Sejak 20 tahun berniaga di sini, Dr. Puad Zarkashi amat jarang datang ke Rengit untuk bertanyakan khabar rakyat di sini.

“Orang Rengit lebih kepada Ayub, saya pun tak faham kenapa mereka mahu gaduh-gaduh,” kata peniaga barang perkakasan dan pembinaan itu ketika ditemui SatuBerita di pekan Rengit pada Isnin.

Turut menggemakan perkara yang sama ialah peniaga ubatan tradisional Cina, Chong Li Sheng, 29, yang menambah, warga Rengit memerlukan seorang wakil rakyat yang boleh membawa kemajuan kepada kawasan itu.

“Sekarang calonnya sudah bertukar, saya pun jadi keliru mahu pilih siapa,” katanya.

Sementara itu, pembantu kedai, Norhaziqah Rusiman, 20, bagi pengundi muda Rengit, apa yang mereka perlukan ialah seorang ADUN yang prihatin kepada rakyat.

“Kami di Rengit mahukan seorang wakil rakyat yang selalu turun padang; mengambil tahu masalah orang di sini dan sanggup bersusah senang bersama kami,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here