[VIDEO] ‘Mereka takut kalah’, kata Pak Ali mangsa keganasan jentera kempen UMNO

0
560

TINDAKAN ganas penyokong UMNO terhadap petugas kempen parti lawan menandakan mereka takut kalah.

Mangsa tindakan ganas penyokong UMNO yang dikenali Ali Teksi berkata, sikap itu amat dikesali lebih-lebih lagi tindakan ganas itu dilakukan terhadap warga emas.

“Kenapa UMNO buat macam ni. Kerana dia takut. Apa dia nak takutkan. Kalau dia (UMNO) takut. Jangan bubarkan DUN Johor. Tapi dia bubarkan. Kenapa? Sebab dia confident boleh menang. Dia takut dengan Perikatan Nasional,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.

Mengulas kejadian malang itu, Ali berkata, kumpulan itu tidak membenarkan dia dan jenteranya memasang bendera parti. 

“Dia kata ini jalan dia. Tapi jalan itu, jalan besar. Jalan itu masuk ke kampung dia. Kalau tak ada jalan ini, tak boleh masuk kampung dia. Saya pasang jalan besar sahaja,” katanya.

Ali menambah, kumpulan berkenaan kemudiannya mengarahkan dia menanggalkan bendera berkenaan.

“Saya panggil dua orang turun teksi buka. Dia suruh buka semua. Mana boleh saya buka semua. Ini dah separuh,” katanya

Beliau menambah, sebagai menghormati kumpulan berkenaan, dia mengarahkan jentera partinya menanggalkan bendera berkenaan.

“Kalau awak kena kepung pun, awak akan buat. Jadi saya dapat lepas, selamat,” katanya.

Mengulas kecederaan pada tangannya, ia berlaku kerana dia berada di dalam kereta, sementara dua lagi rakannya memasang bendera.

“Saya letak tangan di cermin dia hentak tangan saya, bam bam.. saya (tangan) tersepit antara pintu. Dia pukul, dia tak rasa. Dia pukul, tampar pun ada. Sekejap-kejap pukul,” ujarnya lagi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here