Semarang banyak potensi, perlu diberi perhatian – Cik Nani

0
455

KAWASAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang mempunyai banyak potensi ekonomi terutamanya dalam sektor pertanian dan sumber manusia yang boleh dibangunkan.

Namun, menurut calon DUN Semarang Perikatan Nasional (PN), Shazani A Hamid, setelah sekian lama tidak diberikan perhatian yang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan, kawasan ini menjadi suram, sendu dan tidak berkembang sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan golongan muda meninggalkan kawasan berkenaan.

Shazani berkata, bagi mengelakkan keadaan itu daripada berterusan, beliau berazam untuk membina lebih banyak tarikan di Semarang agar bagi menjadikannya lebih kondusif untuk warganya, khususnya golongan muda membina ekonomi diri dan kawasan tersebut.

“Kawasan Semarang ini mempunyai banyak potensi paling utama dalam bidang perladangan dan pertanian yang boleh memangkinkan kegiatan ekonomi lain seperti industri kecil dan sederhana.

“Namun, golongan muda takut untuk berniaga di Semarang kerana berbanding dengan kawasan Ayer Hitam, tiada sokongan ekonomi yang boleh mereka harapkan untuk menyokong perniagaan mereka kesan daripada perhatian yang kurang diberikan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebelum ini,” katanya kepada SatuBerita selepas menyantuni pengundi di sekitar DUN tersebut pada Ahad.

Selain itu, anak jati Semarang berusia 31 tahun ini berkata, ketiadaan rumah mampu milik bagi golongan muda di yang ditandingi beliau itu juga menjadi faktor yang mendorong mereka untuk berhijrah ke kawasan lain.

Tambah beliau, faktor lain yang menyebabkan penghijrahan mereka kawasan juga disebabkan oleh kekurangan fasiliti dan aktiviti rekreasi serta sosial untuk golongan muda.

Jelas Shazani, faktor-faktor yang menjadi pendorong kepada penghijrahan golongan muda itu menjadi fokus utama dirinya jika dipilih untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Semarang. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here