PALSU… kononnya Zeti mahu ‘serang’ Muhyiddin

0
1090

POSTER yang mendakwa wujud tekanan daripada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Azis terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah palsu.

Hari ini tersebar poster yang mendakwa Zeti menggugut akan membongkar kesalahan Muhyiddin, jika terus membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Zeti dan suaminya.

Semakan SatuBerita di semua platform carian mendapati tidak ada satu pun berita berkaitan dakwaan tersebut disiarkan portal berita atau pun media arus perdana.

Ini menimbulkan persoalan bagaimana berita penting dan ada nilai itu boleh terlepas daripada disiarkan portal berita dan media arus perdana.

Tidak mustahil poster berbentuk fitnah itu disebarkan oleh kumpulan pro UMNO dan Barisan Nasional.

Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Johor pada 12 Mac ini, serangan dengan menyebarkan berita palsu dijangka semakin meningkat.

Ini khususnya serangan pribadi terhadap Muhyiddin yang kini semakin diterima pengundi dan rakyat Johor.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang kelihatan sensasi tetapi tidak benar dan palsu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here