Pilih PN untuk politik matang, sejahtera: Ahmad Nawfal

0
221

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Ahmad Nawfal Mahfodz yakin kira-kira 700,000 belia Johor mampu membuat perubahan terhadap negara.

Ketua Pemuda PN Pusat itu menyifatkan anak muda mahukan perubahan dalam landskap politik tempatan.

“Anak muda merupakan pewaris generasi kepimpinan pada masa hadapan. Kita tidak boleh memandang rendah terhadap potensi belia Bangsa Johor. Walhal potensi mereka lebih hebat dari jangkaan!

“Melalui aspirasi kesegaran politik, saya yakin dan percaya anak muda Parit Yaani sangat matang dalam memilih corak politik semasa.

“Pilihlah calon bersih daripada rasuah. Pilihlah calon yang mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera. Anak muda memilih Perikatan Nasional,” tulisnya dalam Facebook milik beliau, hari ini.

Dalam ‘posting’ sebelum itu, beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Johor bersyukur kerana semasa berkempen diterima masyarakat Parit Yaani.

“Bila dapat saya kenalkan diri. Cukup bersyukur rasanya bila diterima dalam #KeluargaParitYaani ini.

“Bersedia untuk mengundi pada 12 Mac nanti. Jadilah sebahagian daripada sejarah Johor atas kejayaan Perikatan Nasional,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here