Rezeki berganda, PU Riz kini bergelar pensyarah

0
490

TIDAK mahu terus selesa dengan apa yang dimiliki, PU Riz bersyukur apabila sudah bergelar pensyarah di Kolej Antarabangsa Inovatif.

Dia yang baru sahaja menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) baru-baru ini akan diberikan tugas mengajar dalam bidang Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.

Menurut Riz program seperti ini adalah sangat penting untuk diiktiraf di peringkat yang lebih tinggi memandangkan ia mempunyai keperluan serta permintaan yang tinggi dari umat Islam sendiri.

“Haji dan umrah merupakan salah satu ibadah yang menjadi tuntutan agama dan sepatutnya bidang seperti ini perlu diperkasa dan disambut baik seperti kewujudan bidang pelancongan dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

“Saya teruja dan dalam masa yang sama mahu berkongsi ilmu baharu dengan bakal pelajar nanti,” kata suami kepada Neelofa ini lagi.

Dalam pada itu, Riz tidak keseorang mengajar sebaliknya bersama seorang lagi pendakwah muda, PU Amin yang turut akan bersamanya menjadi pensyarah.

Dalam pada itu, perhatian turut diberikan kepada YEG Academy (M) Sdn Bhd yang menjadi rakan strategik industri bagi menguruskan kelancaran tadbir urus pengajian.

Untuk rekod YEG Academy merupakan sebuah platform pendidikan dan kerjaya yang sentiasa menyokong jalinan kerjasama seperti ini supaya usaha memperkenalkan bidang yang mempunyai pasaran kerjaya yang tinggi pada masa kini dan hadapan dapat diperluaskan lagi kepada seluruh masyarakat.

Terdahulu, YEG Academy telah menjalinkan kerjasama dengan ramai selebriti tanah air untuk membantu golongan lepasan SPM sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dan memilih karier yang betul. 

Antaranya seperti Ernie Zakri, Wani Kayrie, MK K-Clique, Faiz Dickie serta ramai lagi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here