Mahasiswa berperanan sebagai duta halal

0
250

MAHASISWA selaku generasi terpelajar mampu menjadi duta dan contoh kepada pengguna dalam membuat pilihan bagi mendapatkan makanan halal sekali gus menjadikan halal sebagai agenda negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata kualiti yang ada pada mahasiwa membolehkan mereka menjadi jurubicara halal kepada rakan sebaya dan masyarakat.

“Mahasiswa adalah golongan intelek dan cerdik pandai terhadap perkembangan dunia termasuk isu-isu halal terkini. Keistimewaan yang ada pada mahasiswa adalah sentiasa mempunyai sifat ingin tahu dan mengkaji,” katanya pada program kesedaran Halal Malaysia bersama mahasiswa diadakan secara maya hari ini.

Idris berkata prinsip tabayyunboleh menjadi benteng kepada golongan mahasiswa agar segala maklumat diperolehi adalah sahih dan disahkan terlebih dahulu.

“Perkenalkanlah dan sampaikanlah maklumat yang tepat dan baik berkaitan halal Malaysia dan lazimi sikap mengkaji dan tabayyunterhadap isu-isu halal,” katanya yang mengajak golongan mahasiswa untuk menjadi duta halal kepada keluarga, rakan dan masyarakat.

Idris berkata mahasiswa dapat memberi rangsangan kepada mahasiswa lain, ahli keluarga dan masyarakat terhadap kepentingan dan kefarduan mencari yang halal dalam segenap kehidupan.

“Sesungguhnya keberkatan dalam sebuah kehidupan adalah bermula daripada hasil dan sumber yang halal,” katanya.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here