Tag: Neelofa
-
Neelofa selamat lahirkan putera kedua
PELAKON dan usahawan ternama, Neelofa selamat melahirkan putera kedua pada 11 Julai lepas. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor memaklumkan berita gembira itu menerusi Instagramnya sebentar tadi. “Alhamdulillah rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023, pukul 10.45 malam menjadi hari penuh berkat dan rahmat bagi kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan…
-
Neelofa kongsi gambar wajah Bilal
SUDAH lama ditunggu warganet, akhirnya Neelofa berkongsi gambar wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Harris di laman sosial Instagram rasminya. Pengacara dan pelakon terkenal itu memuat naik video Bilal besertakan doa di ruangan kapsyen untuk anaknya. Dalam perkongsian tersebut, Neelofa turut meluahkan rasa syukur dengan kelahiran anaknya bersama suaminya, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai…
-
Kongsi gambar Bilal di media sosial: “Hormati privasi keluarga saya” – Neelofa
PENGACARA dan pelakon, Neelofa mengakui kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berkongsi gambar wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Harris di laman sosial tanpa kebenaran. Katanya, tindakan seumpama itu dilihat tidak menghormati pendiriannya yang selama ini enggan berkongsi secara terbuka menerusi platform tersebut. “Saya sebenarnya saya enggan ulas mengenai perkara ini, saya dah penat nak kongsikan,…
-
[VIDEO] Neelofa dah macam guru pendidikan jasmani
TIDAK asing buat warganet, Neelofa pasti mengundang perhatian ramai dan bualan di media sosial. Kebiasaannya kecantikan atau kemewahan dalam penampilan Neelofa jadi bualan. Terbaru selebriti itu mengejutkan netizen dengan penampilan ringkas dan bersahaja. Dengan mengenakan baju t-shirt berwarna merah serta tudung sarung berwarna hitam, penampilan Neelofa ke gelanggang futsal itu membuat netizen teruja. Pengguna, Kimkjenner…
-
Neelofa nafi bayi tular di TikTok anaknya
PEJAM celik, Muhammad Bilal kini sudah mencecah tujuh bulan dan sememangnya ramai yang menantikan untuk melihat wajah anak sulung kepada selebriti terkenal, Neelofa. Baru-baru ini tular foto di kongsikan seorang pengguna TikTok yang bertanyakan adakah bayi tersebut merupakan anak kepada selebriti itu. Menerusi perkongsian itu, pengguna tersebut dilihat menjawab persoalan daripada pengikutnya yang meminta untuk…
-
Neelofa dedah duit raya Bilal, netizen yang panas
PASANGAN Neelofa dan PU Riz mendedahkan jumlah kutipan duit raya anak sulung mereka, Muhammad Bilal berjumlah RM14,020 hari ini. Neelofa yang membuat perkongsian tersebut menerusi TikTok miliknya sambil memperlihatkan video dia dan suaminya sedang mengira duit yang diterima sempena lebaran yang disambut minggu lalu. PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail mengucapkan rasa…
-
Rezeki berganda, PU Riz kini bergelar pensyarah
TIDAK mahu terus selesa dengan apa yang dimiliki, PU Riz bersyukur apabila sudah bergelar pensyarah di Kolej Antarabangsa Inovatif. Dia yang baru sahaja menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) baru-baru ini akan diberikan tugas mengajar dalam bidang Diploma Pengurusan Haji dan Umrah. Menurut Riz program seperti ini adalah sangat penting untuk diiktiraf di peringkat yang lebih tinggi…
-
Neelofa berdebar menanti kelahiran anak sulung
SETELAH sekian lama berdiam diri dan merahsiakan usia kandungan, Neelofa akhirnya mendedahkan yang dia bakal melahirkan cahaya mata sulungnya sedikit masa lagi. Mengakui berdebar menantikan masa tersebut, dia bagaimanapun telah mempersiapkan mental dan fizikal untuk melalui proses kelahiran tersebut. “Memang benar proses yang dilalui sekarang merupakan satu pengalaman yang sangat berbeza dan lain daripada yang…
-
Bersatu dalam seribu kekangan
BERHADAPAN dengan seribu satu kekangan tidak mematahkan semangat sebahagian besar anak seni untuk berkahwin. Meskipun fasa pandemik yang dilalui membataskan banyak perkara, semua itu bukan halangan untuk menyatukan dua jiwa. Ada perkahwinan yang dihambat dengan kontroversi tak kurang juga yang dipuji-puji. Ada juga yang meninggalkan tanda tanya dan tak terkecuali mematahkan hati insan lain. Kali…