Guna perisian cetak rompak, 3 syarikat didenda RM26,000

0
367

TIGA buah syarikat masing-masing syarikat kejuruteraan, hiasan dalaman dan membuat komponen elektronik diserbu kerana disyaki menggunakan perisian cetak rompak bagi menjalankan perniagaan mereka.

Serbuan secara berasingan itu dilakukan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Timur Laut, Pulau Pinang bermula Selasa hingga semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa PPDNHEP Daerah Timur Laut, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, serbuan dijalankan bersama pihak pengadu iaitu Business Software Alliance terhadap penggunaan perisian komputer yang dipercayai salinan langgaran.

Menurut beliau, kesemua salinan langgaran yang digunakan oleh syarikat terbabit didapati mempunyai hak cipta.

“Dalam operasi ini, kita menyita lima komputer meja dan tiga komputer riba bagi tujuan siasatan dengan anggaran nilai rampasan bagi ketiga-tiga serbuan kira-kira RM26,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Ahrazzuddin berkata, antara salinan langgaran yang digunakan itu termasik Windows 10 Pro; Office Home and Business 2016; Solidware Premium 2020, Illustrator 2019 dan AutoCAD 2019.

“Kes itu disiasat di bawah Akta Hak Cipta 1987, dan jika disabitkan kesalahan seseorang itu boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak boleh melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here