2 parah, 15 cedera kemalangan babitkan treler rempuh bas pekerja

0
317

SEORANG pemandu bas kilang dan pemandu treler cedera parah dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah treler yang merempuh sebuah bas kilang di Jalan Perusahaan Perai, Pulau Pinang pukul 7.21 malam tadi.

Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai, Mohd. Fakharurazi Md. Rejab, kejadian itu berlaku ketika treler tanpa muatan yang dalam perjalanan menghala ke utara terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Akibat kejadian itu katanya, treler terbabit  merempuh sebuah bas kilang yang membawa kira-kira 21 pekerja kilang lelaki di laluan bertentangan.

Jelasnya, turut cedera dalam nahas itu ialah 15 penumpang bas tersebut yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian itu, pasukan bomba terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati berlakunya kalangan antara sebuah bas dan treler.

“Ketika tiba di lokasi kejadian juga, mangsa telah keluar daripada bas yang terbalik,” katanya malam ini.

Menurut beliau, pihaknya mendapati kedua-dua pemandu berada dalam keadaan tersepit dan operasi menyelamat dilakukan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

Akibat kemalangan itu juga, keadaan lalu-lintas di kawasan terbabit sesak teruk berikutan pihak berkuasa terpaksa menutup jalan buat sementara waktu sehingga kerja-kerja mengalihkan kedua-dua kenderaan itu selesai. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here