Isu Mara: Tiada aduan salah laku Suhaili diterima SPRM

0
222

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan salah laku membabitkan Pengarah Eksekutif Mara Corporation (Mara Corp), Datuk Suhaili Abdul Rahman mengenai penggunaan kad kredit korporat syarikat itu.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, pihaknya hanya akan bertindak jika ada laporan dibuat.

“Kena seseorang buat laporan kepada kita. Setakat ini kita tidak terima laporan apa-apa lagi.

“Kalau ada pihak buat laporan kepada polis terpulang, (itu) saya tak tahu.

“Fokus saya pada hari ini ialah (dakwaan) salah guna kuasa (oleh lima pegawai kanan MARA) iaitu menggunakan kedudukan untuk mendapatkan elaun yang tidak sepatutnya dapat,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro, hari ini.

Semalam, sebuah portal melaporkan seorang daripada lima pegawai Mara berkenaan membuat laporan mendakwa Suhaili menggunakan kad kredit Mara Corp untuk tujuan peribadi namun ia dinafikan Suhaili.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here