Radzi Jidin bawa anak suntik vaksin Covid-19

0
200

CEPAT dan teratur. Itulah maklum balas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin yang memuji perkhidmatan cekap Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) disediakan selain mengambil masa yang singkat.

Radzi memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Facebook rasminya, sewaktu menemani anak bongsunya untuk menerima vaksin Covid-19, di Pusat Pemberian Vaksin IOI City Mall, Putrajaya, pada Ahad.

“Pagi tadi saya bawa anak bongsu untuk menerima vaksin di PPV IOI Mall. Cepat dan teratur. Mengambil masa kurang sejam bermula daripada beratur untuk mendaftar hingga selesai pemantauan. 

“Tahniah Kementerian Kesihan dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,” katanya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak ibu bapa yang membawa anak masing-masing bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Untuk ibu bapa yang ada anak-anak berumur lima hingga 11 tahun, ayuh daftarkan mereka untuk vaksinasi #PICKids!,” katanya.

Pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerusi PICKids telah bermula 3 Februari lalu dengan anggaran seramai empat juta kanak-kanak layak menerima vaksin jenis Comirnaty10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here