Tag: Vaksin
-
Perolehan vaksin ikut prosedur, sokong siasatan, tegas Khairy
BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi menegaskan perolehan vaksin COVID-19 dibuat mengikut prosedur diluluskan Kementerian Kewangan. Sehubungan itu katanya, tiada masalah jika siasatan berhubung perkara itu mahu dilaksanakan. “Saya tegaskan sekali lagi, perolehan vaksin dibuat mengikut prosedur yang diluluskan Kementerian Kewangan. Tiada masalah jika siasatan dibuat,” katanya, lapor Berita Harian. Beliau ditanya mengenai kenyataan…
-
Proses pembentangan Kertas Putih Vaksin tidak betul – Dr. Marzuki
BEKAS Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad mempertikaikan proses pembentangan Kertas Putih Vaksin yang disifatkannya sebagai tidak betul. “Sepatutnya kabinet dibentangkan dengan fakta ada peyelewengan. Sah, jelas, terang ada penyelewengan. Baru buat keputusan bentang Kertas Putih. ‘Ini kabinet pun belum pasti nampaknya,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya pada Ahad.…
-
KJ sangkal dakwaan AGC tak lulus sebahagian perolehan vaksin
BEKAS menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sebahagian perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa kelulusan Jabatan Peguam Negara (AGC). Khairy dipetik New Straits Times berkata, semua perolehan dibuat kerajaan Perikatan Nasional dibawa ke Jemaah Menteri. “Oleh itu, AGC akan tahu dan memberi komen mereka. Perolehan (itu) ditandatangani KKM (Kementerian…
-
Kertas putih perolehan vaksin hanya buang masa PAC – Dr Marzuki
BEKAS Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan mempersoal langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kesihatan membentangkan kertas putih perolehan vaksin Covid-19 sedangkan ia dilaksana secara teratur mengikut tatacara kewangan. Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2021 juga memutuskan perkara itu dilaksanakan mengikut ketetapan. Beliau menyifatkan laporan…
-
KKM gesa ambil dos penggalak, jangan tunggu vaksin bivalent
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai agar tidak menunggu vaksin bivalent Covid-19, sebaliknya segera mendapatkan dos penggalak kedua dengan vaksin sedia ada. Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata vaksin sedia ada juga berkesan bagi mengelakkan gejala serius dan kematian ekoran jangkitan wabak itu. “KKM menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh…
-
China luluskan vaksin COVID-19 boleh disedut pertama di dunia
PENGAWAL selia ubat China meluluskan vaksin COVID-19 boleh sedut yang pertama di dunia, dibuat oleh pengeluar CanSino Biologics yang berpangkalan di Tianjin, sekali gus meningkatkan harga saham syarikat itu sebanyak tujuh peratus semalam. Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China memberi kebenaran vaksin itu untuk kegunaan kecemasan sebagai penggalak, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa…
-
Hampir 1.3 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksin
SERAMAI 1,299,348 atau 36.6 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,737,987 atau 49 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,911,081…
-
Hampir 33 peratus kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19
SERAMAI 1,166,385 atau 32.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat Ahad. Berdasarkan data menerusi laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,714,171 atau 48.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak…
-
32.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
SEBANYAK 1,152,515 atau 32.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,701,913 atau 48 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,165 atau…
-
Lebih 22.9 juta dewasa lengkap vaksin COVID-19
SEBANYAK 22,972,947 atau 97.6 peratus golongan dewasa di negara ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 23,249,217 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 16,082,337 atau 68.4 peratus telah menerima suntikan dos penggalak. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,144…