‘Tiada ‘move’. Saya akan bersara politik jika PRN Johor diadakan’- Mazlan

0
240

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PENGERUSI Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang sedia menimbang untuk bersara daripada dunia politik sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan.

Beliau yang disebut-sebut sebelum ini akan memulakan langkah menjadi wakil rakyat Bebas bagi memberi laluan kepada
PRN Johor bagaimanapun berkata, keputusan pelaksanaan PRN tertakluk kepada Menteri Besar dengan perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu akan menurut sahaja dan tidak bantahan sekiranya PRN diadakan dalam masa terdekat.

“Kita ikut sahaja, PRN kuasa Menteri Besar dan Sultan Johor. Menteri Besar ada strategi dia, dia nak buat (PRN) bila itu hak dia dengan perkenan Tuanku, kita sebagai Exco kerajaan negeri hanya menurut perintah, jika bubar kita bubar sahaja.

“Saya mungkin bersara agaknya, bersara daripada politik, duduk diam-diam, saya tiada ‘move’ (langkah politik) apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita
dalam Majlis Perasmian Zon Dron dan Robotik Iskandar (DRZ) di Bandar Medini, Iskandar Puteri, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB), Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad serta Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Hasni ketika berucap dalam majlis tersebut sebentar tadi, memberi jaminan PRN Johor jika diadakan dalam masa terdekat tidak akan mengganggu pentadbiran dan semua perancangan kerajaan negeri terutama dalam Belanjawan 2022.

Kenyataan terbaharu Hasni itu mengukuhkan lagi khabar angin bahawa Johor bakal berdepan pelaksanaan PRN dalam waktu terdekat selepas kedudukan kerajaan negeri dilihat goyah kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 28 berbanding 27 kerusi pembangkang.

Perkembangan itu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga merupakan bekas Menteri Besar Johor meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Sementara itu, Mazlan sekali lagi menafikan andaian segelintir pihak yang mendakwa beliau bakal keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Tiada cerita, pandai-pandai mereka buat cerita kata saya nak keluar, kalau berlaku PRN mungkin bersara, tengok nanti mcm mana,” katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tebrau.

Mengenai pendirian parti itu berkenaan PRN tersebut, beliau yang juga bekas Pengerusi Bersatu Johor berkata, pertanyaan itu perlu diajukan kepada Pengerusi Bersatu negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya pun sudah tidak aktif sangat dengan aktiviti parti, saya banyak buat kerja Exco sahaja sekarang, parti sudah kurang,” ujarnya sambil memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang kekesalan sepanjang berpolitik. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here