Tiga selebriti beku sel telur

Persediaan jadi ibu kemudian hari

0
343

MENJELANG usia 38 tahun ini, pelakon sensasi Luna Maya mendedahkan kepada umum bahawa dia sudah mempersiapkan diri untuk bergelar ibu.

Meskipun perkahwinan bukanlah sesuatu yang ada dalam fikirannya, wanita ini tetap mahu bergelar ibu meskipun terpaksa melakukan dengan cara yang lain.

Dia mengaku sudah melakukan proses pembekuan sel telur sabagai salah satu persediaan memandangkan usianya semakin meningkat saban tahun.

Luna Maya

“Sejujurnya saya tidak terfikir umur adalah alasan untuk menikah. Semakin dikejar usia semakin kuat perasan untuk bergelar ibu.

“Sebab itu saya melakukan proses pembekuan sel telur. Sebenarnya hasrat tersebut sudah mahu dilakukan sejak empat tahun lalu tapi hanya sekarang baru menjadi kenyataan.

“Saya melakukan semua proses tersebut di sini (Indonesia) sahaja,” jelas bekas kekasih kepada penyanyi Ariel Noah ini lagi.

Sebenarnya peoses yang dilakukan oleh Luna bukanlah asing bagi kebanyakan wanita. Beberapa orang pelakon terkenal dunia juga pernah melakukan proses yang sama.

Jin Hua (kiri) dan Ham So Won

Miss Korea 1997, Ham So Won pernah mengejutkan umum apabila mengumumkan kehamilan pada tahun 2008. 

Dia yang ketika itu berusia 42 tahun bernikah dengan lelaki berasal dari China, Jin Hua sempat membekukan 15 sel telur sebelum itu lagi.

Ham So Won melakukan perkara tersebut kerana bimbang tidak boleh mengandung kerana bernikah lewat usia.

Rita Ora

Begitu juga dengan penyanyi Rita Ora yang turut melakukan perkara yang sama. Meskipun dia baru berusia 31 tahun, dia melakukan perkara tersebut sebagai persediaan untuk bergelar ibu pada masa akan datang.

Dia sudah melakukan perkara tersebut semasa berusia 24 dan 27 tahun semata-mata tidak mahu ada masalah untuk mengandung pada masa hadapan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here