Mayat pekerja ladang warga Filipina dihanyutkan banjir ditemukan

0
236

MAYAT pekerja ladang warga Filipina yang dihanyutkan arus deras di sebuah ladang berdekatan Kampung Kinadaan, Sugut ditemukan di Sungai Osum Sugut, Beluran, Sabah pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa dikenali sebagai Kaerul, 26, ditemukan pada jarak 1.8 kilometer dari tempat dia dilaporkan hanyut.

“Mayat ditemukan dalam keadaan tersepit pada kayu dan batu di tebing Sungai Osum Sugut.

“Mayat dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pada 31 Disember lalu, mangsa cuba untuk menyeberang laluan yang dinaiki air setinggi 1.5 meter sebelum dihanyutkan arus deras.

Lelaki itu adalah seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang akibat banjir di Beluran. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here