Warga emas ditemui mati selepas lebih seminggu di rumah

0
593

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

MISTERI kehilangan seorang lelaki warga emas yang sudah lebih seminggu tidak kelihatan terjawab apabila ditemukan mati di kediamannya di Jalan Layang 3, Taman Perling, Johor Bahru, semalam.

Jiran mangsa yang sudah beberapa hari tidak melihat kelibat Ng Meng Kuan, 83, sebelum itu terhidu bau busuk dari rumahnya selain sudah beberapa hari tidak melihat kelibat warga emas tersebut.

Susulan itu jiran tersebut menghubungi pihak polis sebelum bomba datang membantu memecahkan pintu untuk masuk ke rumah.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Syuhaidy Fazly Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 petang.

“Seramai lapan anggota beserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. Pihak bomba membuka pintu kediaman yang berkunci menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang tinggal seorang diri ditemukan sudah meninggal dunia dipercayai sejak lebih seminggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tersebut kemudian ditamatkan pada pukul 4.42 petang,” ujarnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here