Agihan kerusi dalam PN perlu dimuktamadkan segera – Muhyiddin

0
275

RUNDINGAN pembahagian kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu dimuktamadkan segera, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Setakat ini, belum ada keputusan rasmi mengenai pembahagian kerusi yang patut ditandingi di mana-mana di kawasan, sama ada bagi kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Rundingan kerusi untuk parti-parti hendaklah dimulakan segera di mana kawasan yang dimiliki oleh Bersatu, di mana PAS, di mana Gerakan, termasuk parti-parti di Sabah… harus diputuskan dalam satu tempoh yang tidak terlalu panjang,” katanya ketika menggulung dan menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Bersatu, pada Ahad.

Mengenai Undi18 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2022, Muhyiddin berkata parti perlu menyusun strategi bermula dari sekarang supaya perjuangan Bersatu dapat menarik minat golongan muda.

“Kita perlu ingat situasi yang ada sekarang ini akan berubah dengan begitu besar. Kita tidak boleh andaikan keputusan yang lepas akan kekal sebegitu kecuali kita uruskan soal Undi18 ini,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here