PAT Bersatu ditamatkan awal untuk ahli bantu mangsa banjir

0
341

PERHIMPUNAN Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang sepatutnya berakhir pada pukul 6.00 petang ditamatkan awal iaitu kira-kira pada pukul 4.35 petang tadi.

Ia bagi membolehkan para perwakilan pulang dan membantu rakyat yang terkesan banjir di kawasan masing-masing.

Bagi membolehkan PAT ditamatkan lebih awal, setiap perwakilan hanya diberikan masa lima minit untuk membahaskan ucapan dasar Presiden.

Malah, ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun, juga tidak diberikan ruang untuk membuat ucapan pengulungan.

Sebelum ini media melaporkan, Muhyiddin Yassin mengerahkan semua jentera Bersatu di seluruh negara bagi membantu semua mangsa banjir yang terjejas dalam banjir besar yang melanda negara, ia selepas tiada tanda hujan akan reda dan paras air semakin meningkat.

Bekas Perdana Menteri itu juga telah mengumumkan sejumlah peruntukan RM1 juta yang akan disumbangkan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan dan mengalami kerosakan harta benda. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here