Dayah Bakar sebak tinggalkan Australia

0
640

PENGACARA Dayah Bakar mengumumkan berita gembira apabila selamat pulang ke tanah air setelah hampir setahun menetap di Australia.

Dayah bersama suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi dan anak lelaki mereka teruja untuk kembali ke sini dan bertemu dengan keluarga tercinta.

“Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi-lagi bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.

“Sejujurnya saya sedih meninggalkan bumi Australia tetapi tak sabar nak bertemu semula dengan keluarga. Semoga dalam masa yang sama dapat semula mengacara seperti dulu,” katanya.

Jika ada yang mengukuti perkembangan Dayah, pasangan ini pernah merenggut emosi peminat apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya yang juga merupakan seorang pegawai tentera.

Dia terpaksa berjauhan dan melalui sendiri proses kehamilan dan kelahiran tanpa kehadiran suami yang bertugas di sana selain halangan Covid-19 yang melanda dunia pada tahun lalu.

Setelah anaknya berusia lima bulan, bekas pengacara program Borak Kopitiam itu membawa anaknya berpindah ke sana selain menyaksikan pertemuan kali pertama dua beranak tersebut.

Dayah Bakar bersama suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi dan anak lelaki di Australia.

Video pertemuan tersebut bukan ditonton lebih 3 juta tontonan, tetapi mengundang sebak peminat yang menyaksikan pertemuan bersejarah mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah, selamat sampai semuanya. Kembali ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia,” kata Dayah meluahkan kegembiraan.

Sebagai info, Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar berkahwin dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Achbar pada 17 Ogos 2020.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here