Muafakat Nasional masih wujud, tak berkubur

0
479

Muafakat Nasional (MN), gagasan kerjasama penyatuan ummah antara PAS dan UMNO masih wujud dan tidak berkubur seperti didakwa.

Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang, berkata MN akan terus diperkukuhkan manakala Perikatan Nasional (PN) tetap dipertahankan. Justeru, perbincangan dan perjumpaan antara pimpinan tertinggi kedua-dua parti tetap diadakan.

“Setakat ini MN bukan sahaja belum berkubur, malah hubungan antara kepimpinan kedua-dua parti masih diteruskan,” katanya selepas majlis penutup Sambutan Ulangtahun PAS ke-70, pada Ahad.

Yang turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Abdul Hadi menegaskan, PAS akan terus mengamalkan pendekatan berdamai dengan semua parti Melayu dan Islam, melainkan dengan parti ekstrem.

Katanya, PAS tidak mempelawa Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk menyertai MN susulan pemimpin parti itu bersengkokol dengan DAP yang mengamalkan sikap ekstrem.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here