PAS tak akan desak PRU-15 diadakan awal

0
274

PAS tidak akan mengambil sikap tergopoh-gapah untuk mendesak supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Sebaliknya, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, soal PRU15 itu akan ditentukan oleh Jemaah Kabinet dan bukannya parti politik.

“Yang menentukan pilihan raya awal itu Kabinet bukan parti politik… biarlah PM (Perdana Menteri) tentukan bila tarikh sewajarnya bukannya mana-mana parti,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Barisan Nasional (BN) supaya PRU15 diadakan awal.

Antara yang meminta PRU15 diadakan segera ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Hassan susulan kemenangan bergaya BH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here