Rahsiakan jumlah hantaran, Puteri Aishah selamat bernikah

0
575

Setelah beberapa kali tertangguh, pelakon Puteri Aishah selamat diijabkabulkan dengan seorang ahli perniagaan, Muhammad Firdaus dalam satu majlis tertutup hari ini.

Baca berita berkaitan: Puteri Aishah pilih ahli perniagaan

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, Sulaiman Abd. Rahman kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.

Pada majlis pernikahan tersebut, Puteri Aishah menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Sementara pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang namun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Puteri Aishah meluahkan rasa syukur dan mengakui sudah lama menantikan saat ini dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.

“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP),” kata Puteri Aishah.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga mengakui bahawa suaminya itu sememangnya memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.

“Sepanjang dua tahun mengenali suami, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.

“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here