Poster tular Sultan Johor mahu rakyat tolak UMNO dalam PRN Melaka palsu

0
250

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tular dalam media sosial ketika ini.

Jelas baginda, kenyataan yang tersebut adalah palsu yang terus disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dalam pelbagai aplikasi media sosial.

“Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini,” titah baginda menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook baginda, hari ini.

Poster yang tular itu memaparkan gambar Sultan Ibrahim dengan kenyataan ringkas seolah-olah baginda mahu UMNO berhenti memperdaya rakyat dengan tipu helah.

Tambah kenyataan itu lagi, Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here