ANAK kedua bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi, mendaftar sebagai calon untuk pilihan raya presiden yang dijadualkan pada Disember 2021, lapor Sputnik memetik media Libya pada Ahad.
Saif al-Islam Gaddafi, 49, mendaftar di pejabat cawangan Suruhanjaya Pilihan Raya yang terletak di bandar Sabha, menurut video yang diterbitkan akhbar al-Marsad di Twitter.
Beliau pernah dipenjara pada 2011 selepas bapanya digulingkan sebelum dibebaskan pada 2017.
Pilihan raya presiden dan parlimen, kedua-duanya dijadual diadakan pada 24 Disember 2021, hasil daripada Forum Dialog Politik Libya yang diadakan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva Februari lalu.
Libya kini ditadbir oleh kerajaan perpaduan baharu, diketuai Abdul Hamid Dbeibeh dan Majlis Presiden baharu diterajui Mohamed Yunus al-Menfi, seperti ditetapkan PBB.- BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.