PRN Melaka: PH calonkan Idris Haron, Nor Azman

0
667

PAKATAN Harapan (PH) mencalonkan dua daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka selepas menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dalam sidang media hari ini, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pakatan itu akan bertanding di kesemua 28 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 20 November ini.

Calon yang diumumkan itu termasuk dua bekas ahli Umno iaitu Datuk Seri Idris Haron yang akan bertanding di Asahan manakala Datuk Nor Azman Hassan di Pantai Kundor).

Penyandang kerusi Machap Jaya Ginie Lim, yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, digugurkan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here